Friday, March 13, 2009

Felo Penasihat
En. Zulkurnain Bin Zulkifli
(En. Zul)

Staf baru

Penyelia Asrama
Pn. Haslina Binti Samsudin
(Kak Ina)

Staf baru


Penolong Pengurus Asrama Kanan
En. Halimulihsan Bin Mustaffa
(En. Halim)

Wednesday, March 11, 2009

DPP Yayasan Albukhary

Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary (DPPYAB) telah diterajui oleh Pengetua yang pertama iaitu En. Mohamad Sukeri Khalid dan seterusnya oleh Pengetua yang kedua iaitu Mej. Hj. Azizan Husain. Kini kesinambungan kecemerlangan kolej (Sekarang dikenali sebagai DPP) ini diteruskan oleh En. Mohd Anizam Ariffin selaku Pengetua kolej yang ketiga dan kemudiannya diterajui oleh kepimpinan baru iaitu Pengetua Keempat En. Azemi Bin Shaari.

Moto DPP iaitu “Bersih, Selesa, Berdisiplin, Berilmu dan Bersahsiah Mulia” dijadikan pedoman oleh setiap warga DPP dan diselaraskan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan dan ukhwah di kalangan pelajar tanpa mengira perbezaan kaum. Matlamat utamanya ialah memastikan DPP berada dalam keadaan harmoni sekali gus menerapkan nilai- nilai keperibadian yang tinggi serta mewujudkan sahsiah yang mulia di kalangan warga DPP YAB.

DPP bukan hanya menjadi tempat penginapan semata-mata tetapi juga sebagai pusat pembangunan akademik dan juga sahsiah pelajar. Pelbagai kemudahan asas seperti surau, bilik bacaan, gymnasium, Dapur Siswi, bilik aktiviti, makmal komputer, kafeteria, "Food Court", gelanggang sukan, bilik tamu disediakan. Selain itu, DPP YAB juga mewujudkan landasan kepada para pelajar untuk bergiat secara aktif dalam bidang keusahawanan. Misalnya, Program Pembangunan Keusahawanan Pelajar yang berbentuk pasar malam telah dijalankan buat pertama kalinya di kawasan DPP YAB. Pasar malam ini diadakan setiap minggu pada hari Isnin dan telah dimulakan operasi pada 02 Februari 2009. Pasar malam telah mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh warga UUM terutamanya pelajar di sekitar laluan itu sendiri. Pihak DPP YAB turut menyediakan kawasan bagi pelajar untuk membuka warung dan kiosk jualan yang bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar menguruskan perniagaan sendiri ,seperti "Warung Malam" yang menjadi tempat tumpuan pelajar untuk mengurangkan tekanan belajar. Pihak Pentadbiran DPP dan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Dewan Penginapan Pelajar (JPPDPP) turut menjalankan aktiviti bagi memberikan pendedahan dan kemahiran berguna kepada pelajar-pelajarnya.

Adalah menjadi harapan pihak pentadbiran DPP agar semua pelajar yang bergelar warga DPP Yayasan Albukhary mampu menjadi mahasiswa yang berwawasan, berdedikasi, berketrampilan, mempunyai sifat intelektualan yang tinggi serta bermoral dan beretika hasil daripada garapan semua sumber dan kemudahan yang disediakan oleh DPP ini.

Indian Culturar Day is coming soon.......


Program ini akan dijalankan pada 20 hingga 21 Februari 2009 (Jumaat dan Sabtu) dan bertempat di Ruang Legar Kafetaria DPP YAB dan Gelanggang Tenis DPP Bank Muamalat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjadikan perayaan Ponggal dan Thaipusam sebagai suatu platform untuk mahasiswa/i yang berlainan kaum bergaul sesama sendiri.

Selain itu, program ini juga diharap dapat memupuk semangat bangsa Malaysia dan menyemai nilai perpaduan dalam kalangan mahasiswa/i DPP Yayasan Albukhary. Akhir sekali pelaksanaan program ini diharap memberi peluang kepada para mahasiswa/i mengenali kebudayaan India dan memahami cara perayaan India diraikan, bak kata pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta.

SEMUA PELAJAR TIDAK KIRA BANGSA MAHUPUN AGAMA DIJEMPUT UNTUK SAMA-SAMA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM YAB INDIAN CULTURAL DAY? MARI KITA SAMA-SAMA ENJOY......

Tuesday, March 10, 2009

Pengenalan Presiden JPM DPP YAB 2009


Saudara Abdul Hamid Bin Haji Mohd Norahim, Presiden, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa, Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary (DPP Yayasan Albukhary) kini. Sebelum ini beliau memperolehi kelulusan Diploma dalam bidang Sains Komputer di Kolej Shah Putra, Kuantan, di bawah program tawaran Universiti Putra Malaysia.

Sepanjang penglibatannya di peringkat diploma, beliau telah menyesuaikan dirinya dengan persekitaran kampus dengan mudah tetapi beliau berasa kurang selesa dengan keadaan bilik yang kecil dan ruang peribadi yang sempit. Namun begitu, faktor-faktor inilah yang menjadi keistimewaan dan kemeriahan bagi DPP Yayasan Albukhary, katanya.

Beliau mengenali JPM daripada rakan-rakannya yang berkhidmat sebagai JPM pada masa itu dan beliau mengambil teladan rakan-rakannya sekali gus mendorong beliau untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti bersukan.

Selaku Presiden, beliau berharap JPM akan sentiasa menjaga kebajikan dan permasalahan yang timbul, bagi mengelakkan kebajikan warga DPP terabai. Contohnya, kemudahan-kemudahan awam seperti gelanggang bola keranjang, gelanggang futsal dan sebagainya, dapat diperbaiki dan dinaiktaraf secara terbuka kepada semua warga DPP. Beliau juga berharap agar warga DPP dapat menjadikan DPP Yayasan Albukhary seperti rumah mereka. Pihak JPM dan kakitangan DPP akan cuba sedaya upaya untuk memahami dan mengambil tahu tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh warga DPP.

Beliau turut menyeru warga DPP supaya memberi perhatian kepada akademik masing-masing dan di samping itu, bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan. "Semester ini merupakan semester yang singkat . Oleh itu, pihak JPM juga akan mengehadkan perancangan projek pada semester ini dan akan memberi tumpuan sepenuhnya pada semester hadapan," kata beliau.

"Aspek pengurusan masa amat penting bagi seorang pemimpin mahupun pelajar dalam menguruskan kehidupan sehariannya dan ketepatan masa bukan sahaja penting malahnya, menjadi panduan dalam kehidupan kita sama ada dalam aspek pengurusan, pembelajaran, pelaksanaan aktiviti dan sebagainya," tambah beliau.

Beliau juga berjanji akan mencuba sedaya upaya dalam menjaga nama dan imej baik DPP Yayasan Albukhary serta cuba mempertingkatkan lagi DPP Yayasan Albukhary dari sudut yang positif, supaya DPP Yayasan Albukhary, dapat bersaing dengan DPP yang lain.

Monday, March 9, 2009

Kongsi Pengalaman Mantan Presiden DPP Yayasan Albukhary


Bekas Presiden, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa, Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary (DPP Yayasan Albukhary), Saudara Ooi Choon Joo, atau lebih dikenali sebagai C.J.

Beliau turut berkongsi pengalamannya semasa hari pertama pendaftaran sebagai pelajar baru di Kolej Kediaman Yayasan Albukhary (kini dikenali sebagai DPP Yayasan Albukhary). Beliau berkata, keadaan dan situasi pada hari pertama di UUM, agak kurang selesa. Namun begitu, beliau dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dalam masa tempoh 3 hari sahaja.

Bagi penglibatan beliau dalam aktiviti, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh fasilitator beliau semasa minggu orientasi. Oleh sebab itu, beliau tekad untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak DPP. Beliau telah menjadi Pengarah Projek bagi Kuiz Perpaduan dan Kemerdekaan dan merupakan projek pertama beliau melibatkan dirinya.

Kemudian beliau terus bergiat aktif dan memegang jawatan sebagai Exco Biro Pendidikan dan Komuniti, pada tahun 2007. Pada 1 Januari hingga 17 Mei 2008, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden dan terus diberi mandat untuk menjadi Presiden DPP Yayasan Albukhary, pada 18 Mei hingga 31 Disember 2008. Kini beliau diberi mandat lagi untuk menjadi Penasihat Presiden DPP Yayasan Albukhary, bagi tempoh 3 bulan yang pertama.

Harapan beliau adalah JPM pada tahun 2009, akan meneruskan perjuangan mereka dalam menganjurkan lebih banyak lagi projek, dalam usaha untuk membangunkan sahsiah pelajar dan mengekalkan pencapaian DPP Yayasan Albukhary.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang kemudahan di DPP, supaya JPM tahun 2009 ini, dapat memperbaiki serta menambahbaikan segala kemudahan yang sedia ada seperti gimnasium, studio, gelanggang dan sebagainya. Namun begitu, perubahan-perubahan ini memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan seperti pertukaran langsir. Beliau turut berharap agar DPP Yayasan Albukhary, akan terus menjadi DPP yang terbaik di Kolej Sastera dan Sains dan Universiti Utara Malaysia, serta dikenali mahasiswa/i UUM, di masa hadapan.