Tuesday, March 10, 2009

Pengenalan Presiden JPM DPP YAB 2009


Saudara Abdul Hamid Bin Haji Mohd Norahim, Presiden, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa, Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary (DPP Yayasan Albukhary) kini. Sebelum ini beliau memperolehi kelulusan Diploma dalam bidang Sains Komputer di Kolej Shah Putra, Kuantan, di bawah program tawaran Universiti Putra Malaysia.

Sepanjang penglibatannya di peringkat diploma, beliau telah menyesuaikan dirinya dengan persekitaran kampus dengan mudah tetapi beliau berasa kurang selesa dengan keadaan bilik yang kecil dan ruang peribadi yang sempit. Namun begitu, faktor-faktor inilah yang menjadi keistimewaan dan kemeriahan bagi DPP Yayasan Albukhary, katanya.

Beliau mengenali JPM daripada rakan-rakannya yang berkhidmat sebagai JPM pada masa itu dan beliau mengambil teladan rakan-rakannya sekali gus mendorong beliau untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti bersukan.

Selaku Presiden, beliau berharap JPM akan sentiasa menjaga kebajikan dan permasalahan yang timbul, bagi mengelakkan kebajikan warga DPP terabai. Contohnya, kemudahan-kemudahan awam seperti gelanggang bola keranjang, gelanggang futsal dan sebagainya, dapat diperbaiki dan dinaiktaraf secara terbuka kepada semua warga DPP. Beliau juga berharap agar warga DPP dapat menjadikan DPP Yayasan Albukhary seperti rumah mereka. Pihak JPM dan kakitangan DPP akan cuba sedaya upaya untuk memahami dan mengambil tahu tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh warga DPP.

Beliau turut menyeru warga DPP supaya memberi perhatian kepada akademik masing-masing dan di samping itu, bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan. "Semester ini merupakan semester yang singkat . Oleh itu, pihak JPM juga akan mengehadkan perancangan projek pada semester ini dan akan memberi tumpuan sepenuhnya pada semester hadapan," kata beliau.

"Aspek pengurusan masa amat penting bagi seorang pemimpin mahupun pelajar dalam menguruskan kehidupan sehariannya dan ketepatan masa bukan sahaja penting malahnya, menjadi panduan dalam kehidupan kita sama ada dalam aspek pengurusan, pembelajaran, pelaksanaan aktiviti dan sebagainya," tambah beliau.

Beliau juga berjanji akan mencuba sedaya upaya dalam menjaga nama dan imej baik DPP Yayasan Albukhary serta cuba mempertingkatkan lagi DPP Yayasan Albukhary dari sudut yang positif, supaya DPP Yayasan Albukhary, dapat bersaing dengan DPP yang lain.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. gud job YAB~!
    an almost gud luck for abg amid..a new president~!

    **AniS** XOXO

    ReplyDelete