Monday, March 9, 2009

Kongsi Pengalaman Mantan Presiden DPP Yayasan Albukhary


Bekas Presiden, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa, Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary (DPP Yayasan Albukhary), Saudara Ooi Choon Joo, atau lebih dikenali sebagai C.J.

Beliau turut berkongsi pengalamannya semasa hari pertama pendaftaran sebagai pelajar baru di Kolej Kediaman Yayasan Albukhary (kini dikenali sebagai DPP Yayasan Albukhary). Beliau berkata, keadaan dan situasi pada hari pertama di UUM, agak kurang selesa. Namun begitu, beliau dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dalam masa tempoh 3 hari sahaja.

Bagi penglibatan beliau dalam aktiviti, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh fasilitator beliau semasa minggu orientasi. Oleh sebab itu, beliau tekad untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak DPP. Beliau telah menjadi Pengarah Projek bagi Kuiz Perpaduan dan Kemerdekaan dan merupakan projek pertama beliau melibatkan dirinya.

Kemudian beliau terus bergiat aktif dan memegang jawatan sebagai Exco Biro Pendidikan dan Komuniti, pada tahun 2007. Pada 1 Januari hingga 17 Mei 2008, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden dan terus diberi mandat untuk menjadi Presiden DPP Yayasan Albukhary, pada 18 Mei hingga 31 Disember 2008. Kini beliau diberi mandat lagi untuk menjadi Penasihat Presiden DPP Yayasan Albukhary, bagi tempoh 3 bulan yang pertama.

Harapan beliau adalah JPM pada tahun 2009, akan meneruskan perjuangan mereka dalam menganjurkan lebih banyak lagi projek, dalam usaha untuk membangunkan sahsiah pelajar dan mengekalkan pencapaian DPP Yayasan Albukhary.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang kemudahan di DPP, supaya JPM tahun 2009 ini, dapat memperbaiki serta menambahbaikan segala kemudahan yang sedia ada seperti gimnasium, studio, gelanggang dan sebagainya. Namun begitu, perubahan-perubahan ini memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan seperti pertukaran langsir. Beliau turut berharap agar DPP Yayasan Albukhary, akan terus menjadi DPP yang terbaik di Kolej Sastera dan Sains dan Universiti Utara Malaysia, serta dikenali mahasiswa/i UUM, di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment