Wednesday, March 11, 2009

DPP Yayasan Albukhary

Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary (DPPYAB) telah diterajui oleh Pengetua yang pertama iaitu En. Mohamad Sukeri Khalid dan seterusnya oleh Pengetua yang kedua iaitu Mej. Hj. Azizan Husain. Kini kesinambungan kecemerlangan kolej (Sekarang dikenali sebagai DPP) ini diteruskan oleh En. Mohd Anizam Ariffin selaku Pengetua kolej yang ketiga dan kemudiannya diterajui oleh kepimpinan baru iaitu Pengetua Keempat En. Azemi Bin Shaari.

Moto DPP iaitu “Bersih, Selesa, Berdisiplin, Berilmu dan Bersahsiah Mulia” dijadikan pedoman oleh setiap warga DPP dan diselaraskan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan dan ukhwah di kalangan pelajar tanpa mengira perbezaan kaum. Matlamat utamanya ialah memastikan DPP berada dalam keadaan harmoni sekali gus menerapkan nilai- nilai keperibadian yang tinggi serta mewujudkan sahsiah yang mulia di kalangan warga DPP YAB.

DPP bukan hanya menjadi tempat penginapan semata-mata tetapi juga sebagai pusat pembangunan akademik dan juga sahsiah pelajar. Pelbagai kemudahan asas seperti surau, bilik bacaan, gymnasium, Dapur Siswi, bilik aktiviti, makmal komputer, kafeteria, "Food Court", gelanggang sukan, bilik tamu disediakan. Selain itu, DPP YAB juga mewujudkan landasan kepada para pelajar untuk bergiat secara aktif dalam bidang keusahawanan. Misalnya, Program Pembangunan Keusahawanan Pelajar yang berbentuk pasar malam telah dijalankan buat pertama kalinya di kawasan DPP YAB. Pasar malam ini diadakan setiap minggu pada hari Isnin dan telah dimulakan operasi pada 02 Februari 2009. Pasar malam telah mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh warga UUM terutamanya pelajar di sekitar laluan itu sendiri. Pihak DPP YAB turut menyediakan kawasan bagi pelajar untuk membuka warung dan kiosk jualan yang bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar menguruskan perniagaan sendiri ,seperti "Warung Malam" yang menjadi tempat tumpuan pelajar untuk mengurangkan tekanan belajar. Pihak Pentadbiran DPP dan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Dewan Penginapan Pelajar (JPPDPP) turut menjalankan aktiviti bagi memberikan pendedahan dan kemahiran berguna kepada pelajar-pelajarnya.

Adalah menjadi harapan pihak pentadbiran DPP agar semua pelajar yang bergelar warga DPP Yayasan Albukhary mampu menjadi mahasiswa yang berwawasan, berdedikasi, berketrampilan, mempunyai sifat intelektualan yang tinggi serta bermoral dan beretika hasil daripada garapan semua sumber dan kemudahan yang disediakan oleh DPP ini.

2 comments:

  1. Salute to our principal Mr. Azemi!
    Which has bring much improvement to our college/resident hall or whatever you call it in a relatively short time.

    1. Vehicle sticker issue
    2. Food store operating at night
    3. Wi-fi in room!!!

    No more listening to excuses over excuses that insult our intelligence.

    ReplyDelete